pembingungan | 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingung | 1. kehilangan akal, tidak tahu apa yg hendak dibuat, gugup: dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; 2. bodoh, dungu, tolol; ~ alang (orang yg) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dgn betul; yg ~ makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur; ~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang; membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; kebingungan 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; pembingungan 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |