pemborong | 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemborong | 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemborong | 1. orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2. orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. | Kamus Pelajar |
kelas I | 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara memasak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golongan atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan persamaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. bahagian, kategori, kumpulan (berdasarkan tingkatannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg dikenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedudukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkattingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menentukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anemer | (anémer) IB pemborong pekerjaan (membuat rumah dll), kontraktor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diskaun niaga | diskaun yg diberikan kpd pemborong kerana membeli secara tunai dan besar-besaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pulangan belian (keluar) | pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perniagaan borong | perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengagakkan | menentukan sesuatu dgn hati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengagakkan | menentukan sesuatu dgn berhati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. | Kamus Pelajar |