pembual | (orang yg) suka berbual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemburas | pembual, pemborak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buras I | bual, borak, cakap angin, obrol; memburas 1. memujuk dgn kata yg mulukmuluk; 2. berbual, berborak, mengobrol; memburaskan membualkan, memborakkan, mempercakapkan; pemburas pembual, pemborak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bual | 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |