sanitasi | sistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan najis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuangan | perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembuangan | 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuangan garis terlindung(hidden line removal) | Proses membuang garis pada objek pepejal tiga matra yang biasanya tidak akan kelihatan pada pandangan penonton kerana dilindung oleh bahagian lain objek. | Kamus Komputer |
pembuangan | perbuatan atau hal membuang:Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran. | Kamus Pelajar |
bimbing | ; berbimbing ada yg memimpin; berpegang tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1 saling berpegang tangan; bergandingan. 2 bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bimbing | berbimbing ada yg memimpin; berpegang-tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1. saling berpegang tangan; bergandingan. 2. bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1. memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2. ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1. kata pendahuluan; kata pengantar. 2. petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1. orang yg membimbing; penuntun. 2. sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu dsb). | Kamus Pelajar |
tonsilektomi | (tonsiléktomi) pembuangan tonsil secara pembedahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ovariotomi | (Ubat) pembuangan ovari atau tumor ovari secara pembedahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apendektomi | (apéndéktomi) pembuangan apendiks secara pembedahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |