pembungkus | sesuatu (kertas, kain dsb) yg digunakan utk membungkus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembungkus | 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembungkus | bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembungkus | sesuatu (kertas, kain dsb) yg digunakan utk membungkus. | Kamus Pelajar |
balut I | barut, pembungkus, pembebat (luka dll); ~ ketupat daun nyiur pembungkus ketupat;membalut membarut, membebat, membungkus: ~ luka;membaluti membungkus: tubuhnya merupakan segumpal daging dibaluti sehelai kain;membalutkan menggunakan sesuatu utk membalut, membungkuskan, membarutkan: ia mengoyak kain selendangnya lalu dibalutkan pd betisnya yg luka;balutan bungkusan, bebatan: ia meraba-raba ~ kain putih yg membendung keliling perutnya;pembalutan perbuatan membalut;pembalut sesuatu yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkus | 1. = pembungkus bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; 2. = bungkusan benda yg dibalut (dgn kertas, kain, daun, dll): se~ kain; ~-bingkis berbagai-bagai jenis benda yg dibalut; besar ~ tak berisi prb orang yg besar cakap dan tidak berisi;berbungkus berbalut: di tangannya ada benda-benda ~;membungkus 1. membalut: permata itu dibungkus dgn kain baldu; 2. menyembunyikan, merahsiakan: mereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing; 3. menangkap, memberkas (pencuri dll); ~ tulang dgn daun talas prb menyembunyikan rahsia dgn tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang); sepandai-pandai ~, yg busuk berbau juga prb perbuatan yg salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;membungkusi menyelubungi: keheningan malam itu terasa ~ diri kami;pembungkusan perbuatan (proses) membungkus;pembungkus 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas pembungkus | kertas yg digunakan utk membungkus barang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampin | pembungkus yg dibuat drpd daun nipah (biasanya utk membungkus belacan, sagu dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelongsong | pembungkus atau pembalut yg berbentuk bulat panjang atau bulat tirus (spt bentuk kon): ~ ular kulit tipis yg tanggal apabila ular bertukar kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampin | pembungkus yg dibuat drpd daun nipah (biasanya utk membungkus belacan, sagu dll). | Kamus Pelajar |