bunuh | ; berbunuh-bunuhan saling mencuba mematikan lawan: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyiasati | 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuhpembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiasat | 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuhpembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunuh | berbunuh-bunuhan saling mematikan; mematikan sesama sendiri: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu spt binatang yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ ke atas pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. | Kamus Pelajar |
bunuh | ; ~ diri mengambil nyawa sendiri dgn sengaja; hukum ~ hukum mati (dgn dipancung, digantung, ditembak, dll); berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan): pd zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;membunuh 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya; Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dsb);bunuhan 1. (orang dll) yg dibunuh; 2. bahagian lukah yg di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap); pembunuhan perbuatan membunuh;pembunuh 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembunuh | 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembunuh | 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembunuh | 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. | Kamus Pelajar |
psikotik | (Psi) 1. orang yg mengalami psikosis: pelajar yg dipercayai telah dibunuh oleh seorang pembunuh ~; 2. bersifat (mempunyai ciri-ciri) psikosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membetulkan | 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |