germo | Jw 1. pemburu; 2. barua, alku, muncikari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buru | ; berburu mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. berburu-buru 1 berlari-lari mengejar: Mereka bersorak-sorak sambil ~ bola. 2 = terburu-buru tergesa-gesa hendak cepat: Ia ~ ke stesen kereta api tetapi terlambat juga. memburu 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. buru-memburu berkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan. buruan apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. perburuan 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. pemburuan perbuatan atau hal memburu. perburu orang yg kerjanya berburu binatang. pemburu 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buru | berburu mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. berburu-buru 1 berlari-larian mengejar: Mereka bersorak-sorak sambil ~ bola. 2 = terburu-buru tergesa-gesa hendak cepat: Ia ~ ke stesen kereta api tetapi terlambat juga. memburu 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. buru-memburu berkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan. buruan apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. perburuan 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. pemburuan perbuatan atau hal memburu. perburu orang yg kerjanya berburu binatang. pemburu 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. | Kamus Pelajar |
pemburu | 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemburu | 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemburu | 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. | Kamus Pelajar |
buru | ; buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat: seorang doktor ~ dipanggil; berburu mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;berburu-buru 1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai: orang kampung riuh ~ pencuri yg lari itu; 2. bergesa-gesa, bergegas: penumpang ~ naik bas;memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; terburu = keburu Jk 1. (dapat) dikejar: tak akan ~ oleh kau kereta itu; 2. Jk ki melampau sangat (menghendaki sesuatu dll): ~ nafsu (hati); terburu-buru dlm keadaan tergesa-gesa: fikirkan dgn tenang, jangan ~; buruan orang, binatang atau sesuatu yg diburu: agama juga merupakan ~ jiwa yg berterusan; orang ~ orang yg dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan); binatang ~ binatang yg diburu; perburuan 1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu;pemburuan perihal (perbuatan dsb) memburu;perburu orang yg berburu (binatang): adapun Seri Teri Buana dgn segala laki-laki ~; ~ gajah orang yg berburu gajah;pemburu 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanah | 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galah | 1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu; bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll); bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll); bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; menggalah amat tinggi: tinggi ~;menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngongoian | 1. tangisan terisak-isak; 2. bunyi anjing merengek: ~ anjing-anjing itu bersahutan seakan-akan ingin mengadu kpd pemburu | Kamus Dewan Edisi Keempat |