pemeras ugut | orang yg memeras ugut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemeras ugut | orang yg melakukan peras ugut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peras ugut | kegiatan meminta wang, barang kemas, dll secara paksa (dgn ugutan, ancaman): kejadian ~ menjadi-jadi di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini; memeras ugut meminta wang, barang kemas, dll dgn mengugut (mengancam) secara paksa: samseng-samseng itu ~ pekedai utk mendapatkan duit; pemeras ugut orang yg melakukan peras ugut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peras ugut | perbuatan atau kegiatan meminta wang, barang kemas dll dgn mengugut atau mengancam utk melakukan sesuatu yg membahayakan, memalukan dsb diri mangsa: Kejadian ~ banyak berlaku belakangan ini. memeras ugut meminta wang, barang kemas dll dgn mengugut atau mengancam utk melakukan sesuatu yg membahayakan, memalukan dsb diri mangsa; melakukan peras ugut: Penjahat ~ peniaga di situ supaya menyerahkan wang kpdnya. pemeras ugut orang yg memeras ugut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peras I | ; memeras 1. memerah: ~ kelapa; ~ keringat ki bekerja keras; ~ otak ki berfikir (belajar) bersungguh-sungguh; 2. mengambil keuntungan yg berlebih-lebihan drpd orang, menindas: mereka sudah mengetahui bahawa orang tengah itulah yg selama ini ~ mereka; ~ tenaga membanting tulang; ~ tenaga orang membuat orang bekerja utk keuntungan sendiri; 3. = memeras ugut; perasan hasil memeras, perahan; pemerasan perbuatan memeras, pemerahan: saya berazam akan merampas segala hak mereka yg didapati dgn ~ itu; pemeras 1. orang yg memeras, pemerah; 2. (alat) utk memeras; mesin ~ mesin utk memeras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |