pemerasan | perbuatan (hal) memeras: Riba ialah satu cara ~ terhadap orang yg menderita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemerasan | perbuatan memeras, pemerahan: saya berazam akan merampas segala hak mereka yg didapati dgn ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerasan | perbuatan (hal) memeras: Riba adalah satu cara terhadap orang yang menderita. | Kamus Pelajar |
penghisapan | 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peras I | ; memeras 1. memerah: ~ kelapa; ~ keringat ki bekerja keras; ~ otak ki berfikir (belajar) bersungguh-sungguh; 2. mengambil keuntungan yg berlebih-lebihan drpd orang, menindas: mereka sudah mengetahui bahawa orang tengah itulah yg selama ini ~ mereka; ~ tenaga membanting tulang; ~ tenaga orang membuat orang bekerja utk keuntungan sendiri; 3. = memeras ugut; perasan hasil memeras, perahan; pemerasan perbuatan memeras, pemerahan: saya berazam akan merampas segala hak mereka yg didapati dgn ~ itu; pemeras 1. orang yg memeras, pemerah; 2. (alat) utk memeras; mesin ~ mesin utk memeras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peras; memeras | 1 meramas sesuatu supaya keluar airnya dll; memerah: ~ susu lembu. 2 mengambil untung banyak-banyak drpd orang lain; menindas: Sekarang mereka tidak dpt lagi ~ kaum tani. 3 = ~ ugut meminta wang dll dgn ugutan: Dia telah ditangkap kerana ~ seorang pekedai kecil. pemerasan perbuatan (hal) memeras: Riba adalah satu cara terhadap orang yang menderita. perasan sedar atau tahu akan berlakunya sesuatu dll: Saya tidak ~ bila dia sampai. | Kamus Pelajar |
peras | ; memeras 1 meramas sesuatu supaya keluar airnya dll; memerah: ~ susu lembu. 2 mengambil untung banyak-banyak drpd orang lain; menindas: Sekarang mereka tidak dpt lagi ~ kaum tani. 3 meminta wang dll dgn ugutan: Dia telah ditangkap kerana ~ seorang pekedai kecil. perasan 1 yg terhasil drpd memeras; perahan. 2 tindakan mengambil untung banyak-banyak atau meminta wang dll dgn ugutan. pemerasan perbuatan (hal) memeras: Riba ialah satu cara ~ terhadap orang yg menderita. pemeras 1 orang yg memeras. 2 alat utk memeras: ~ kelapa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hisap | ; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (mengambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihisap; ~ jempul ki berita atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |