pemerihal | yg memerihalkan, yg mengisahkan (menerangkan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerihal rekod(record descriptor) | Pemboleh ubah atau penunjuk yang digunakan untuk memegang keterangan tentang rekod. | Kamus Komputer |
pemerihal data(data descriptor) | Penunjuk perisian yang menerangkan hal data dengan menunjukkan kawasan data dan ciri-cirinya. | Kamus Komputer |
pemerihal(descriptor) | Kata bermakna yang digunakan untuk membantu kerja mengkategori atau mengindeks maklumat. | Kamus Komputer |
ialah | 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perihal | 1. keadaan: sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini; 2. hal, kejadian, peristiwa: telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah; 3. tentang hal (kejadian dll), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang): ia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu; memerihalkan mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas,menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan; perihalan sesuatu yg diperihalkan: ~ tentang potensi bagi percubaan; keperihalan kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus; pemerihalan pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan, penghuraian; pemerihal yg memerihalkan, yg mengisahkan (menerangkan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |