sipil | IB orang awam (bukan tentera): ia datang ke baris depan, tempat duduk para pembesar dr pihak ~, polisi dan militer; hukum ~ undang-undang mengenai orang awam, undang-undang awam; pemerintahan ~ pemerintahan oleh orang-orang awam (bukan tentera); perang ~ perang saudara; perkara ~ perkara dlm mahkamah mengenai hal-hal umum (bukan perkara jenayah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
politik | 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilmu politik | ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerintahan sipil | pemerintahan oleh orang-orang awam (bukan tentera); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerintahan kembar | dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerajaan sendiri | pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kediktatoran | 1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
despotisme | (déspotisme) pemerintahan seorang despot, pemerintahan kuku besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pola | 1 gambar yg digunakan utk contoh batik. 2 corak batik (tenunan dll). 3 corak atau cara (bkn pemerintahan dsb): Pemerintahannya mengikut ~ pemerintahan Inggeris. 4 bentuk, diagram atau model yg diikut apabila membuat sesuatu: ~ ayat contoh susunan kata utk membentuk ayat; acuan ayat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laras III | Mn 1. daerah di Minangkabau (pd zaman Belanda); tuanku ~ pegawai daerah; 2. cara pemerintahan yg mengikut adat: ~ Bodi Chaniaga cara pemerintahan yg berdasarkan demokrasi; ~ Kota Piliang cara pemerintahan yg berdasarkan aristokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |