pemesan | orang yg memesan (menempah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemesan | orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemesan | orang yg memesan (menempah). | Kamus Pelajar |
memesankan | memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah). | Kamus Pelajar |
wang tempah | wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehendaki membayar ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempah | = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehendaki membayar ~nya; menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyuruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; menempahkan menempah utk seseorang; tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; penempahan perihal (perbuatan dsb) menempah, pemesanan (barang); penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg membuat tempahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesan I | 1 = pesanan sesuatu (spt perintah, nasihat) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti, jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. 2 = pesanan permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. 3 nasihat dll yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal; wasiat. berpesan 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. memesan 1 memberi pesan (nasihat dll): Sudah dipesan oleh ibunya supaya tidak bermain-main di tepi lombong itu. 2 meminta sesuatu supaya disediakan atau dikirim; menempah: ~ buku meminta supaya buku dikirim. memesankan memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesan I | 1 = pesanan sesuatu (spt perintah, nasihat dll) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. 2 = pesanan permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. 3 nasihat dll yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal; wasiat. berpesan 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. memesan 1 memberi pesan (nasihat dll): Sudah dipesan oleh ibunya supaya tidak bermain-main di tepi lombong itu. 2 meminta sesuatu supaya disediakan atau dikirim; menempah: ~ buku meminta supaya buku dikirim. memesankan memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah). | Kamus Pelajar |
pesan | 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak percaya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesankan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |