laiter | bp pemetik api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringgit II | gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, berigi-rigi; meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetus api | Mn pemetik api (drpd batu, besi, sabut, dll), teker; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemetik api | alat utk memasang api rokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetus | bunyi spt bunyi besi digoreskan ke batu dll; ~ api Mn pemetik api (drpd batu, besi, sabut, dll), teker; bak ~ api prb (orang yg) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dll); mencetus 1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan; mencetuskan 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru; tercetus berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dsb): perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yg sudah lama terpendam; cetusan 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jelmaan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit; pencetusan perihal mencetuskan atau menerbitkan (sesuatu): ~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca; pencetus sesuatu yg mencetuskan: ~ idea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petikan | 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemetik | 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemetik | 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. | Kamus Pelajar |
petik | ; memetik 1 mengambil buah (bunga dll) dgn mematahkan tangkainya. 2 bermain gitar (kecapi dll) dgn menggerak-gerakkan talinya dgn jari. 3 menekan suis (suis lampu dll). 4 mengambil (menyalin) sebahagian drpd sesuatu karangan dll; mengutip: Dia ~ beberapa ayat Quran utk menguatkan hujahnya. 5 menarik picu senapang dgn jari. memetikkan memetik utk orang lain. petikan hasil drpd memetik; sesuatu yg dipetik: ~ itu diambil dr surat khabar. pemetik 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petik; memetik | 1 mengambil buah (bunga dll) dgn mematahkan tangkainya. 2 bermain gitar (kecapi dll) dgn menggerak-gerakkan talinya dgn jari. 3 menekan suis (spt suis lampu dll). 4 mengambil (menyalin) sebahagian drpd sesuatu karangan dll; mengutip: Dia ~ beberapa ayat Quran utk menguatkan hujahnya. 5 menarik picu senapang dgn jari. memetikkan memetik utk orang lain. petikan hasil drpd memetik; sesuatu yg dipetik: ~ itu diambil dr surat khabar. pemetik 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. | Kamus Pelajar |