pemiawaian | perbuatan memiawaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
xilolarium | koleksi sampel kayu zaman silam dan kayu yg masih wujud dgn dinyatakan nama biasa, nama tempatan, nama saintifik dan asal usul kayu tertentu, biasanya digunakan sbg bahan rujukan utk pengecaman dan pemiawaian nama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piawai | Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, timbangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |