Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.na.ngan] | ڤمينڠن

Definisi : hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.na.ngan] | ڤمينڠن

Definisi : perbuatan atau hal meminang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peminangan

Peribahasa

Bagai kapak naik cerana.

Bermaksud :

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peminanganperbuatan atau hal meminang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peminanganhal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang;Kamus Dewan Edisi Keempat
peminanganperbuatan atau hal meminang.Kamus Pelajar
hampa1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lamaran1. perihal melamar, peminangan: semenjak ~nya dahulu ditolak, ia tidak datang-datang lagi ke mari; 2. permohonan (utk bekerja dll), permintaan: masakan baginda tidak menerima ~ kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
pinang II; meminang meminta seseorang perempuan menjadi isteri; melamar: Beliau telah pergi ~ Puteri Gunung Ledang utk dijadikan permaisuri Sultan Mahmud. meminangkan meminang utk seseorang; melamarkan. pinangan permintaan meminang; lamaran: ~ Raja Benggala akan puteri Raja Yeman itu telah ditolak. peminangan perbuatan atau hal meminang. peminang orang yg pergi meminang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pinang II; meminangmeminta seseorang perempuan menjadi isteri; melamar: Beliau telah pergi ~ Puteri Gunung Ledang utk dijadikan permaisuri Sultan Mahmud. meminangkan meminang utk seseorang; melamarkan. pinangan permintaan meminang; lamaran: ~ Raja Benggala akan puteri Raja Yeman itu telah ditolak. peminangan perbuatan atau hal meminang. peminang orang yg pergi meminang.Kamus Pelajar
lamar; melamar 1. meminta utk berkahwin dgn, meminang: kelmarin orang tua kekasih­nya datang ~; 2. memohon kerja (di pejabat dll): dia mencuba ~ pekerjaan sbg jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan; melamarkan 1. melamar utk, meminang­kan: saya hendak menghantar ibu bapa ~ saya Noriah; 2. = ~ diri ark menawarkan dirinya supaya diterima (utk pekerjaan dll); lamaran 1. perihal melamar, peminangan: semenjak ~nya dahulu ditolak, ia tidak datang-datang lagi ke mari; 2. permohonan (utk bekerja dll), permintaan: masakan baginda tidak menerima ~ kita; pelamar orang yg melamar: gadis zaman dahulu berpingit di rumah dan jarang­jarang dapat dilihat oleh ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapak Ialat drpd bilah besi yg tajam dan ber­tangkai kayu (utk menebang pokok, mem­belah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan se­suatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak; pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinang II; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hen­dak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan is­teri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas