pemisah | 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisah I | cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, bersama dll), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyatakan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempadan | 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempadan ada sempadannya; berbatas. bersempadankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau merupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt diatasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sempadan | 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. | Kamus Pelajar |
sela rekod(record gap) | 1. Ruang yang kosong di antara rekod-rekod. 2. Ruang pemisah di antara rakaman di dalam pita yang digunakan untuk menandakan akhir rakaman. | Kamus Komputer |
sela(gap) | 1. Ruang kecil dalam bahan rakaman, seperti pita atau cakera bermagnet, yang sengaja tidak disi dengan data dan digunakan sebagai pemisah perkataan, rekod, atau fail. 2. Jeda masa atau ruang yang digunakan sebagai penanda tamat perkataan, tamat rekod, atau tamat fail. 3. Ruang antara kepala pembaca atau kepala perakam dengan bahan rakaman seperti pita, cakera atau tong bermagnet. | Kamus Komputer |
antara | 1. jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2. di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3. masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4. di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tetapi masih menganggur. berantara 1. ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2. tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1. memisahkan dua benda dsb: Banjaran gunung Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2. menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. | Kamus Pelajar |
antara | 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garis I | 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |