pungut | ; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali-kali; memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemungut | 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperlelongkan | 1. menjual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melelongkan | 1. menjual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nilai | 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pungut | ; memungut 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kutip | ; mengutip 1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis. kutipan sesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll). pengutipan perbuatan atau hal mengutip: Hasil ~ derma itu telah disampaikan kpd mangsa-mangsa kebakaran. pengutip orang yg mengutip; pemungut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pungut;memungut | 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah dll): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah. | Kamus Pelajar |
kutip | ; mengutip 1. memungut benda kecilkecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengutip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang | 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayarannya ditangguhkan; membayar ~ mengembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yg diterima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat pengakuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), meminjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan meminjamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jaminan utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |