Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabur; bertabur 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. bertaburan, ber­tabur-tabur bersepah merata-rata; berhamburan ke sana sini; berserak-serak; berselerak: Buku dan kad selamat hari raya ~ di dlm biliknya. menabur 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. menaburi menghamburkan se­suatu pd; menabur pd: Mereka telah ~ peti jenazah itu bunga mawar dan bunga melati. menaburkan menabur sesuatu utk. taburan 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran. penaburan perbuatan (hal, cara dll) menabur atau menaburi. penabur 1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
penabur1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
penabur1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang;Kamus Dewan Edisi Keempat
penabur 1 orang yg menabur atau menaburkan.Kamus Pelajar
tabur Ipadi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya); bertabur bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur Seme­nanjung Tanah Melayu;menabur 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb), berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuang-buang wang; menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di rumah, Wan Derus dita­buri beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia; menaburkan 1. menjadikan bertabur (ber-selerak), menghamburkan merata-rata, me-nyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditabur-kan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk me-mecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata); taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak se-imbang dlm ~ kuasa; penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyebar1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kartrij1. kelongsong (spt bentuk silinder) biasanya drpd logam yg berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru; 2. sarung berserta filem fotograf yg boleh dimasukkan terus ke dlm kamera; 3. alat yg berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar drpd kaset) utk rakaman suara atau video; 4. bekas perisian dakwat yg boleh ditukar ganti utk pen mata bulat.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluru1 bola-bola atau benda-benda tajam yg ditembakkan dgn senjata api: ~ meriam. 2 sesuatu yg menyerupai atau yg berfungsi spt peluru 1. ~ hidup peluru yg boleh membunuh, dibuat drpd tembaga kuning campuran. ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya utk tujuan latihan dsb. ~ penabur peluru yg terdiri drpd bebola logam yg kecil-kecil, yg diisikan di dlm tabung berbentuk silinder (patrum) dan ditembakkan dgn senapang patah. ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, pistol dsb yg tidak mengenai sasaran tetapi tersasar ke tempat lain. berpeluru ada pelurunya. berpelurukan menggunakan sesuatu sbg peluru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebar(sébar); bersebar 1. bertabur (benih dll), berserak: tetamu ~ dlm kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pd satu meja; 2. ber-kembang (ajaran, agama, dll), meluas: agama Islam ~ di negeri itu; bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan; menyebarkan menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; ketersebaran keadaan tersebar: ~ komoditi sejajar dgn ~ budaya; sebaran (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); persebaran perihal bersebaran: ~ geografi dialek-dialek Melayu; penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; penyebar 1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas