Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penadah 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tadah I1. benda yg digunakan utk menampung sesuatu, bekas (spt baldi dll); 2. sesuatu yg digunakan utk mengalas benda lain (spt piring utk cawan dll); 3. perihal menerima barang gelap (curian dll); ~ air pinang gigi yg diasah atau dipapas; ~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk); ~ embun sikat pisang yg di atas sekali; ~ kanan menampung angin yg datang dr kanan (utk membelok ke kiri); ~ keringat (peluh) kain yg dilekapkan pd se­belah dalam baju; tukang ~ orang yg menerima barang gelap dll; bertadah 1. memakai tadah; 2. mengguna­kan alas (lapik), beralas; 3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin); menadah 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di atas tergantung bebe­rapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk ~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan mengangkat serta menelen­tangkan kedua-dua belah tapak tangan; menadahkan 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah, menampungkan: Ramli ~ bal­di­nya yg besar itu berhampiran dgn tem­payan yg ada di situ; 2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3. me­ngu­capkan (amin ketika berdoa): ~ amin; tadahan sesuatu yg ditadah: air ~; penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau; penadah 1. sesuatu yg digunakan utk mena­dah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti.Kamus Dewan Edisi Keempat
penadah1. sesuatu yg digunakan utk mena­dah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti.Kamus Dewan Edisi Keempat
tadah, = penadah bekas spt baldi dll utk menampung sesuatu. menadah menyambut sesuatu yg dilemparkan atau yg jatuh; menampung: Disediakan sebuah tong utk ~ air hujan. menadah­kan 1 menggunakan sesuatu utk mena­dah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah ta­ngan spt akan menyambut sesuatu. tadahan hasil menadah; sesuatu yg ditadah. penadahan perbuatan atau hal menadah; penampungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
layar1. kain tebal penadah angin utk menjalankan kapal atau perahu:kapal ~ kapal yg menggunakan layar. 2. tabir atau tirai yg dipasang di jendela (pintu); langsir. 3. =~ perak (putih) kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit). berlayar 1. memakai layar:Perahunya ~ kajang. 2. = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu:Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. melayari belayar di laut atau di sungai dgn kapal atau perahu: Ia sudah pernah ~ Selat Melaka seorang diri. melayarkan 1. membuat supaya belayar; menjalankan kapal atau perahu: Beliau telah ~ kapal tsb ke negeri Jepun. 2. membawa pergi dgn kapal atau perahu; membawa menaiki kapal atau perahu: Awi Dicu telah ~ Raja Pasai kembali ke negerinya. pelayaran 1. hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2. perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar:Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. pelayar orang yg kerjanya belayar.Kamus Pelajar
layar1 kain tebal penadah angin utk menjalankan kapal atau perahu: kapal ~ kapal yg menggunakan layar. 2 tabir atau tirai yg dipasang di jendela (pintu); langsir. 3 = ~ perak (putih) kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit). berlayar 1 memakai layar: Perahunya ~ kajang. 2 = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu: Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. melayari belayar di laut atau di sungai dgn kapal atau perahu: Ia sudah pernah ~ Selat Melaka seorang diri. ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet. melayarkan 1 membuat supaya belayar; menjalankan kapal atau perahu: Beliau telah ~ kapal tsb ke Jepun. 2 membawa pergi dgn kapal atau perahu; membawa menaiki kapal atau perahu: Awi Dicu telah ~ Raja Pasai kembali ke negerinya. pelayaran 1 hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2 perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar: Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. pelayar 1 orang yg kerjanya belayar. 2 program komputer yg digunakan utk melayari Internet: Laman web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator. 3 orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat ttg perkara itu dr laman web tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas