Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.da.han] | ڤنادهن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.da.han] | ڤنادهن

Definisi : perbuatan atau hal menadah; penampungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadah
Kata Terbitan : menadah, penadahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penadahanperbuatan atau hal menadah; penampungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penadahanperihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau;Kamus Dewan Edisi Keempat
penampunganperihal menampung, peneri­maan, penadahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pe­nampunganperbuatan atau hal me­nampung; penadahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tadah, = penadah bekas spt baldi dll utk menampung sesuatu. menadah menyambut sesuatu yg dilemparkan atau yg jatuh; menampung: Disediakan sebuah tong utk ~ air hujan. menadah­kan 1 menggunakan sesuatu utk mena­dah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah ta­ngan spt akan menyambut sesuatu. tadahan hasil menadah; sesuatu yg ditadah. penadahan perbuatan atau hal menadah; penampungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tampung I; menampung 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. menampungkan menadahkan sesuatu; menggunakan sesuatu utk menadah: ~ tangan mena­dahkan tangan (ketika berdoa). pe­nampungan perbuatan atau hal me­nampung; penadahan. penampung alat yg digunakan utk menampung: cawan ~ susu getah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takungbekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, ter­sekat: segala tempat air ~ hendaklah di­tambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau meng­hening­kan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. mena­dah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk mena­kung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampung Imenampung 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, mena­dah­kan; ~ tangan bertadah amin (ketika ber­doa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, peneri­maan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-u­ruskan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
tadah I1. benda yg digunakan utk menampung sesuatu, bekas (spt baldi dll); 2. sesuatu yg digunakan utk mengalas benda lain (spt piring utk cawan dll); 3. perihal menerima barang gelap (curian dll); ~ air pinang gigi yg diasah atau dipapas; ~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk); ~ embun sikat pisang yg di atas sekali; ~ kanan menampung angin yg datang dr kanan (utk membelok ke kiri); ~ keringat (peluh) kain yg dilekapkan pd se­belah dalam baju; tukang ~ orang yg menerima barang gelap dll; bertadah 1. memakai tadah; 2. mengguna­kan alas (lapik), beralas; 3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin); menadah 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di atas tergantung bebe­rapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk ~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan mengangkat serta menelen­tangkan kedua-dua belah tapak tangan; menadahkan 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah, menampungkan: Ramli ~ bal­di­nya yg besar itu berhampiran dgn tem­payan yg ada di situ; 2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3. me­ngu­capkan (amin ketika berdoa): ~ amin; tadahan sesuatu yg ditadah: air ~; penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau; penadah 1. sesuatu yg digunakan utk mena­dah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas