taja | menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja, lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dll): syarikat perusahaan yg baru ditaja; utk ~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan paleontologi; 3. merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan (bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans; tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja; penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya; penaja 1. orang yg menaja, orang yg mempelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penaja | 1. orang yg menaja, orang yg mempelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendiri | 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertaring | 1. mempunyai taring, ada taring-nya; 2. berbentuk spt taring: 3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen televisyen lebih ~ drpd pihak penaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taja | ; menaja 1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu. tajaan sesuatu yg ditaja. penajaan perbuatan atau hal menaja. penaja orang yg menaja (mempelopori atau membiayai) sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taring I | 1. gigi yg runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung; 2. ki kekuasaan (keberanian, kekuatan dsb) utk melakukan se-suatu: dia tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya; bertaring 1. mempunyai taring, ada taring-nya; 2. berbentuk spt taring: misainya ~ misainya tajam dan bentuknya spt taring; 3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen televisyen lebih ~ drpd pihak penaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri | 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diri II | ; berdiri 1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk bersembahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak mencukupi; 2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (bermula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; mendirikan 1. menjadikan berdiri, menegakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; terdiri 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; dirian (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan; pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat, dll) utk menimbang atau menilai sesuatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pembangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, perbadanan, pertubuhan; berpendirian mempunyai pendirian, berpegang teguh (pd sesuatu pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yg meleset; pendiri 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taja jamin | (Eko) persetujuan atau tindakan menjamin utk membeli atau menyerap semua terbitan saham yg tidak dapat dijual kpd orang ramai dgn harga yg dipersetujui: beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut; menaja jamin 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui; 2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu; penajajaminan proses atau hal menaja jamin; penaja jamin bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin: beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham terbabit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |