Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ja.man] | ڤناجمن

Definisi : perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penajaman


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penajamanperihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
penajaman pinggir(edge sharpening)Proses menajamkan pinggir objek digital yang kabur.Kamus Komputer
tajam I1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas