penamatan | perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn memberhentikan sahaja proses kaunseling; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penamatan tak normal(abnormal termination) | Penamatan serta-merta proses yang sedang berlangsung akibat keadaan yang tidak dijangka. | Kamus Komputer |
demobilisasi | (démobilisasi) penamatan perkhidmatan (bagi tentera yg dikerah ketika perang); mendemobilisasikan menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yg dikerah ketika perang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aben(abend) | Penamatan atur cara akibat ralat, misalnya ralat yang berlaku apabila huruf digantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. | Kamus Komputer |
aben boleh pulih(recoverable abend) | Penamatan sesuatu proses yang sedang berlangsung secara mengejut, tetapi taraf dan keadaannya dapat dipulihkan semula. Pemulihan dapat dilakukan kerana taraf proses diselamatkan, punca kegagalan ditemui dan dibetulkan, dan dengan itu proses dapat disambung semula. | Kamus Komputer |
penutupan | perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aben tak boleh pulih(unrecoverable abend) | Penamatan proses yang sedang berlangsung secara mengejut, tetapi taraf dan keadaannya tidak dapat dipulihkan semula. Pemulihan tidak dapat dilakukan kerana taraf proses tidak dapat diselamatkan dan punca kegagalan tidak dapat ditemui dan dibetulkan. | Kamus Komputer |
masa kendur(slack time) | Masa di antara penamatan suatu tugas atau kegiatan dalam projek dengan permulaan tugas atau kegiatan seterusnya. | Kamus Komputer |
gagal lembut(fail-soft) | Penutupan sistem komputer secara teratur apabila terjadi kegagalan besar. Ini adalah untuk mengelakkan penamatan mendadak kerja yang sedang dijalankan dan membolehkan tugas keselamatan sistem dijalankan. Bandingkan gagal keras. | Kamus Komputer |
sampukan persisian(peripheral interrupt) | Sampukan yang dijanakan oleh persisian komputer untuk menyatakan kesediaan persisian untuk menerima tugas, atau menyatakan penamatan tugas yang dilaksanakan. Selepas menerima sampukan ini, pemproses utama akan bertindak melayan persisian. Kaedah ini membolehkan pemproses menjalankan tugas lain tanpa menunggu persisian yang biasanya lebih perlahan kendaliannya. | Kamus Komputer |