penampungan | perihal menampung, penerimaan, penadahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penampungan(patching) | 1. Proses mengubahsuai fungsi sistem komputer dengan menambahkan atau memasukkan komponen baru ke dalam sistem. 2. Proses memasukkan kod atau atur cara kecil ke dalam perisian sedia ada untuk membetulkan pepijat atau mengubahsuai fungsi perisian tanpa menyusun semula perisian asal. | Kamus Komputer |
penadahan | perbuatan atau hal menadah; penampungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tadah | , = penadah bekas spt baldi dll utk menampung sesuatu. menadah menyambut sesuatu yg dilemparkan atau yg jatuh; menampung: Disediakan sebuah tong utk ~ air hujan. menadahkan 1 menggunakan sesuatu utk menadah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah tangan spt akan menyambut sesuatu. tadahan hasil menadah; sesuatu yg ditadah. penadahan perbuatan atau hal menadah; penampungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampung I | menampung 1. menadah sesuatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ penduduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimanakah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan mengumpulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbitan yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, memegat, menahan: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemiskinan dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, menadahkan; ~ tangan bertadah amin (ketika berdoa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, penerimaan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-uruskan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takung | bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, tersekat: segala tempat air ~ hendaklah ditambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau mengheningkan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. menadah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk menakung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |