Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ngan] | ڤناڠن

Definisi : pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ngan] | ڤناڠن

Definisi : 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penangan1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penanganpukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempeleng(tempéléng) pukulan dgn telapak tangan pd muka atau pelipis (telinga), tampar: tiap-tiap hari ada-ada sahaja penangan utk Ani, ~, cubitan, dll; menempeleng menampar pd muka atau telinga: raja muda tersebut telah menjadi ganas lalu ~ muka Wan Intan beberapa kali;tempelengan Jk pelipis.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangan1 bahagian anggota tubuh dr siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari. 2 ki sesuatu yg rupanya spt tangan 1 atau yg digunakan spt tangan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi tangan; lengan baju; ~ kemudi tangkai atau pemegang kemudi. 3 ki kuasa; pemerintahan: Pihak Inggeris berusaha merebut Melaka drpd ~ Belanda. ~ kanan a. tangan yg di sebelah kanan. b. pembantu (penolong) yg utama. ~ kosong tidak membawa atau tidak mendapat apa-apa. ~ terbuka a. suka menolong orang yg mendapat kesusahan. b. = dgn ~ terbuka dgn suka hati menerima sesuatu. tangan-tangan 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. menangani 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. penanganan perbuatan atau perihal menangani: ~ projek itu dilakukan dgn cermat dan hati-hati. penangan 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tangan1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: semua harta di ~ kita; kuasa meme­rin­tah negeri terletak dlm ~ rakyat; ~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak men­dapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas segala per­buatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menang­gung­nya; ~ penat memerah, pasu mendapat san­tan­nya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak se­nonoh; dlm genggaman ~ orang prb di ba­wah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bu­­kan dr asalnya; menangani 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) me­nangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas