penara | tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukit penara | tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negara II | puncak bukit yg agak rata, penara bukit: maka diikut baginda ke atas bukit, bertemu di ~ bukit itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tara I | 1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemuda lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Diraja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usahanya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, selaras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (sebanding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) menyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertandingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |