Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.bul] | ڤنچابول

Definisi : orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencabul


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pencabulorang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
cabul I1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuat­an, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang); ~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan­-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, pe­rempuan sundal, pelacur; bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; mencabul, mencabuli 1. menodai, men­cemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; kecabulan perihal cabul; pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas