Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencakar 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cakar I1. kuku yg panjang, runcing, dan me­lengkung (pd burung, ayam, harimau, kucing, dll): anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; 2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu; 3. = pencakar; ~ ayam a) tulisan tangan yg amat buruk; b) sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu atau keledek yg diracik; ~-balar garis-garis atau cakar-cakar yg banyak dan tidak menentu (calar-balar); ~ besi a) sepit besi utk memegang besi yg dibakar dll; b) pencakar yg dibuat drpd besi; bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran 1. (bkn binatang) berkelahi dgn menggunakan cakar; 2. ki berkelahi, bertengkar: kita sering ~ sesama sendiri; mencakar 1. menggaru (dgn cakar); 2. ark mengais, mencari makan (bkn ayam dll); percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran); pencakar 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat­-tingkat dan tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pencakar1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat­-tingkat dan tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakar1 kuku yg panjang-panjang lagi tajam (spt yg terdapat pd ayam, kucing dll). 2 bekas kena kuku atau kena garu. 3 = pencakar alat yg diberi berkuku serta bergandar dan digunakan utk mengumpulkan sampah dll. ~ ayam a. tulisan tangan yg amat buruk. b. kuih yg berlingkar-lingkar dibuat drpd ubi kayu, keledek dll. ~-balar garis-garis yg banyak dan tidak menentu. ~ besi pencakar yg dibuat drpd besi. bercakar-cakaran 1 berkelahi dgn menggunakan cakar (bkn binatang); saling menggaru dgn cakar. 2 ki berkelahi; bergaduh. mencakar 1 menggaru dgn cakar; melukakan dgn cakar: Ku­cing ~, anjing menggigit. 2 mengais dgn cakar (ttg ayam dll). pencakar alat utk mengumpulkan sampah; cakar. ~ langit bangunan yg tinggi-tinggi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cakar1. kuku yg panjang-panjang lagi tajam (spt yg terdapat pd ayam, kucing dll). 2. bekas kena kuku atau kena garu. 3 = pencakar alat yg diberi berkuku serta bergandar dan digunakan utk mengumpulkan sampah dll. ~ ayam a. tulisan tangan yg amat buruk. b. kuih yg berlingkar-lingkar dibuat drpd ubi kayu, keledek dll. ~-balar garis-garis yg banyak dan tidak menentu. ~ besi pencakar yg dibuat drpd besi. bercakar-cakaran 1. berkelahi dgn menggunakan cakar (bkn binatang); saling menggaru dgn cakar. 2. ki berkelahi; bergaduh. mencakar 1. menggaru dgn cakar; melukakan dgn cakar: Kucing ~, anjing menggigit. 2. mengais dgn cakar (ttg ayam dll). pencakar alat utk mengumpulkan sampah; cakar. ~ langit bangunan yg tinggi-tinggi.Kamus Pelajar
memotret1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: kedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; 2. melukis potret;Kamus Dewan Edisi Keempat
potret(potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng­gunakan kamera, foto; tukang ~ tukang gambar; 2. gambar orang yg dilukis; memotret 1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: kedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; 2. melukis potret; pemotretan hal atau perbuatan memotret; pemotret 1. tukang potret; 2. = alat ~ alat utk memotret; 3. pelukis sesuatu potret.Kamus Dewan Edisi Keempat
sikat I1. alat utk menyisir rambut, sisir; 2. sj alat utk membersihkan sesuatu (diperbuat drpd bulu dll), berus: ~ gigi; ~ pakaian; 3. sj alat yg bergigi utk menggemburkan dan mem­bersihkan tanah, pencakar, penggaruk, garu; 4. tangkai (bahagian dr tandan) pisang: berapa harga pisang ini se~? bersikat telah (sudah) disisir: rambutnya ~ kemas; menyikat 1. menyisir (rambut) supaya ke­mas: ia mengeluarkan sisir lalu ~ rambutnya yg agak kusut itu; 2. membersihkan dgn sikat, memberus: gentian kapas itu disikat, dipintal dan disambung-sambungkan jadi benang; 3. menggembur dan membersihkan tanah dgn sikat (cakar): tanah itu dibajak dan disikat; 4. Id, bp menghabiskan semua sekali (me­makan hingga habis, mencuri, dll); menyikatkan menyikat utk: si ibu sedang ~ anaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sisir I1 alat utk mengemaskan rambut; sikat. 2 alat utk menggemburkan tanah; pencakar tanah. 3 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sikat. 4 injap pd pintu lukah utk menahan ikan supaya tidak keluar. ~ insang bahagian insang yg menghalang kemasukan bahan-bahan di dlm air (spt pasir) ke dlm alat pernafasan yg akan merosakkannya. bersisir 1 memakai sisir. 2 sudah dikemaskan dgn sisir (bkn rambut); bersikat. menyisir 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sisir I1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersih­kan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambut­nya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
batang I1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas