pencalon | orang (pihak) yg mencalonkan atau mengemukakan calon: ~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencadang | orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
calon | 1. orang yg akan, atau dicadangkan utk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (spt bakal pegawai dll); ~ guru orang yg sedang dididik utk menjadi guru; ~ menantu bakal menantu; 2. orang yg dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi, dll): semua ~, walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yg sama dlm pilihan raya Persekutuan; ~ bebas seseorang yg bertanding dlm pilihan raya tanpa mewakili mana-mana parti politik; 3. orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian; mencalonkan mencadangkan nama seseorang utk dipilih, mengemukakan sbg calon; pencalonan perihal atau perbuatan mencalonkan, pengemukaan nama seseorang sbg calon: Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dgn syarat semua Raja Melayu yg lain menolak ~ utk jawatan tersebut; pencalon orang (pihak) yg mencalonkan atau mengemukakan calon: ~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadang | ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |