pencar; berpencar-pencar, berpencaran | 1 tidak terkumpul di sesuatu kawasan; berserak di mana-mana; bertaburan: Pulau-pulau karang ~ di Lautan Teduh. 2 bercerai lalu pergi ke arah yg berlainan; bercerai ke mana-mana: Mendengar tembakan itu mereka lari ~. | Kamus Pelajar |
pencar | ; berpencar, berpencar-pencar, berpencaran 1. berserak di sana sini, bertaburan; 2. (pergi) bercerai-cerai: ~ berlarian; memencar, memencar-mencar berpisahpisah pergi (mengikut haluan masing-masing); memencarkan menabur-naburkan, menyerak-nyerakkan, menanam benih dll berpencar-pencar: kekuatan pasukannya di Bara Baraya dipencarkan; terpencar tidak terkumpul, terserak-serak: ~ keluar dr pondok-pondok mereka menuju kampung; pemencaran perbuatan memencarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencar | ; berpencar-pencar, berpencaran 1 tidak terkumpul di sesuatu kawasan; berserak di mana-mana; bertaburan: Pulau-pulau karang ~ di Lautan Teduh. 2 bercerai lalu pergi ke arah yg berlainan; bercerai ke mana-mana: Mendengar tembakan itu, mereka lari ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpencar-pencar | 1 tidak terkumpul di sesuatu kawasan; berserak di mana-mana; bertaburan: Pulau-pulau karang ~ di Lautan Teduh. 2 bercerai lalu pergi ke arah yg berlainan; bercerai ke mana-mana: Mendengar tembakan itu, mereka lari ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpencar-pencar | 1. berserak di sana sini, bertaburan; 2. (pergi) bercerai-cerai: ~ berlarian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memencarkan | menabur-naburkan, menyerak-nyerakkan, menanam benih dll berpencar-pencar: kekuatan pasukannya di Bara Baraya dipencarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |