pencarta | (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencarta alir(flowcharter) | 1. Atur cara yang berfungsi menjanakan carta alir secara automatik daripada kod mirip yang diberikan. 2. Orang yang bertanggungjawab menghasilkan carta alir. Biasanya nama pencarta alir disertakan dalam carta alir untuk membolehkan pihak bermasalah membuat rujukan. | Kamus Komputer |
cartis | pencarta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carta | 1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah; ~ alir = ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menunjukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagibahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; mencartakan 1. merakamkan sesuatu maklumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyusun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; pencarta (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |