voltan tinggi | voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
voltan tinggi | voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencawang | cabang atau cawangan yg mengagihkan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencawang | stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencawang | cabang atau cawangan yg mengagihkan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar |
voltan | ist daya gerak elektrik atau beza keupayaan yg disebut dlm unit volt. ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan, kilang, rumah dsb. ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
voltan | (Fiz) beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm unit volt); ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan (kilang, rumah dsb); ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
substesen | (substésén) pencawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cawang | ; cawangan 1 bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (spt pertubuhan dll); cabang: Pertubuhan itu mempunyai ~-~nya di luar bandar. 2 sungai kecil yg mengalir ke sungai besar; anak sungai. pencawang cabang atau cawangan yg mengagihkan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cawang | bahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok; cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |