pencelupan | perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) mencelup: ~ kain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengukuh | sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asid formik | asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, penghasilan insektisid dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celup | ki tiruan, palsu, tidak asli; orang putih ~ orang yg hendak berlagak dll spt orang putih; tayar ~ tayar tua yg telah dibaharui bunganya; tukang ~ orang yg kerjanya mewarnai kain dll; bercelup 1. berlapis (bersalut); ~ emas berlapis air emas; 2. sl bercelur; ~ minyak bersumpah dgn memasukkan jari ke dlm minyak yg menggelegak utk menentukan kesalahan orang; mencelup 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasukkannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; celupan hasil mencelup; pencelupan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) mencelup: ~ kain; pencelup air dll yg berwarna utk mencelup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asid | (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah; ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik = ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, penghasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik kumpulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan; ~ lemah asid yg tidak tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan mineral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;berasid mengandungi asid;mengasid menjadi asid;mengasidkan menjadikan asid;keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larutan;pengasidan proses mengasidkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukuh I | 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |