cemar | 1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebabkan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengejikan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cemar I | 1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak murni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercampur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencemar | 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencemar | 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan | 1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |