pencen /péncén/ | 1 wang yg diterima pd tiap-tiap bulan sesudah berhenti kerja (kerana telah cukup umur dll): Bapa saya mendapat ~ RM300.00 tiap-tiap bulan. 2 sudah tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara pd tiap-tiap bulan: Apa rancangan saudara apabila ~ nanti? berpencen mendapat pencen apabila berhenti kerja: Jawatan ini tetap dan ~. | Kamus Pelajar |
pencen | (péncén) 1. bayaran tetap bulanan yg dibuat oleh kerajaan atau majikan kpd bekas pekerjanya yg telah bersara: Raja Yi telah diberi ~ yg agak banyak juga; 2. tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara: ia sudah terlalu tua utk menghadapi soal baharu ini, barangkali dia akan minta ~; berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja): jawatan ini tetap dan ~; memencenkan memberhentikan kerja dgn diberi pencen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencen | /péncén/ 1 wang yg diterima pd tiap-tiap bulan sesudah berhenti kerja (kerana telah sampai umur bersara dll): Bapa saya mendapat ~ RM1000.00 tiap-tiap bulan. 2 sudah tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara pd tiap-tiap bulan: Apa rancangan saudara apabila ~ nanti? berpencen mendapat pencen apabila berhenti kerja: Jawatan ini tetap dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makan pencen | hidup dgn menerima pencen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waran pencen | surat yg membolehkan bayaran pencen dibuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makan pencen | hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dana pencen | dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sara | 1 = ~ hidup segala yg diperlukan utk hidup (spt wang, makanan); nafkah. 2 = wang ~ wang bantuan yg diterima; wang sokongan hidup; pencen: Tiap-tiap bulan, dia menerima ~ RM250/- drpd kerajaan. ~ diri sesuatu yg cukup utk keperluan sendiri (bkn hasil tanaman dsb). bersara 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 berhenti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. menyara menanggung sara hidup; memberi sara kpd. persaraan hal atau perbuatan bersara. penyaraan hal atau perbuatan menyara. pesara orang yg bersara. penyara orang yg menyara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayam pencen | ayam yg tidak bertelur lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpencen | mendapat pencen apabila berhenti kerja: Jawatan ini tetap dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |