pencengkam | alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencengkam | (Kej) sj alat utk mencantumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencengkam kad(card gripper) | Peranti yang berfungsi untuk mencengkam kad dalam pelancar kad supaya tidak bergerak bebas. | Kamus Komputer |
pencengkam | alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar |
gandar cincin | pencengkam batu pd cincin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandar I | 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkam | , = cengkaman 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan, kaki) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengkam I | 1. pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; mencengkam 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; mencengkamkan menekankan (kuku, cakar, dll) utk mencengkam; pencengkam (Kej) sj alat utk mencantumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkam | = cengkaman 1. genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2. kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1. memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar:Helang ~ anak ayam. 2. menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3. ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar |