Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ri.ta] | ڤنچريتا

Definisi : orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ri.ta] | ڤنچريتا

Definisi : orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerita


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penceritaorang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pencerita­anhal atau perbuatan menceritakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penceritaorang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
penceritaorang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar
berubah-ubahsentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cerita1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ubah Ikelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada bezanya; berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya); berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecah-kan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; ~ janji memungkiri janji; ~ langkah ki menukar cara hidup; ~ setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; memperubahkan menjadikan berlainan, mem-perbezakan, memperlainkan; terubah sudah (dapat) diubah; ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau ber-ubah, (sesuatu) yg berlainan drpd yg asal atau semula; ketakberubahan keadaan yg tidak berubah; perubahan perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; pengubahan perihal mengubah (mengubah-kan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan).Kamus Dewan Edisi Keempat
cerita1. pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2. karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu perkara: ~ Abu Nawas. 3. lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4. apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1. menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2. mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. penceritaan hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar
cerita1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengan­dungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia­siakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas