Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cium] | ڤنچيوم

Definisi : 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cium] | ڤنچيوم

Definisi : 1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencium


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pencium1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pencium1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium.Kamus Dewan Edisi Keempat
pencium1. pancaindera utk mencium. 2. orang yg mencium.Kamus Pelajar
alat penciumhidung;Kamus Dewan Edisi Keempat
deriaalat perasa (pencium, pendengaran, pe­lihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala; kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; deriaan kesan drpd menderia; penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsangI 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rang­sang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt ke­ghairahan, keberanian, kemarahan, dll), me­nimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang.Kamus Dewan Edisi Keempat
penciuman1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsang1 rasa yg kuat pd pancaindera; perasaan dsb yg ditimbulkan oleh sesuatu: Kadang-kadang terbit ~ pd saya utk membaca tulisan-tulisannya. 2 sangat keras membangkitkan saraf pencium (ttg bau); sangat kuat membangkitkan perasaan. merangsang 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. terangsang telah dirangsang. rangsangan rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. perangsang sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rangsang1 rasa yg kuat pd pancaindera; perasaan dsb yg ditimbulkan oleh sesuatu: Kadang-kadang terbit ~ pd saya utk membaca tulisan-tulisannya. 2 sangat keras membangkitkan saraf pencium (ttg bau); sangat kuat membangkitkan perasaan. merangsang 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. terangsang telah dirangsang. rangsangan rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. perangsang sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan.Kamus Pelajar
cium; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas