pencuaian | perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuai | 1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |