pencucuhan | perbuatan, hal dsb mencucuh atau mencucuhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencucuhan | perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magneto | (magnéto) (Kej) sj dinamo yg mengeluarkan api dlm sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucuh | ; mencucuh 1 memasang api pd; menghidupkan api pd: ~ pelita. 2 mengenakan api, besi panas dsb pd: ~ penjahat dgn puntung rokok. mencucuhkan mengenakan api, besi panas dsb dgn menggunakan sesuatu: Dia ~ puntung kayu yg masih berbara pd penjahat itu. pencucuhan perbuatan, hal dsb mencucuh atau mencucuhkan. pencucuh 1 orang yg mencucuh: ~ meriam pembakar meriam. 2 alat utk mencucuh: palam ~ alat yg mengeluarkan api utk membakar gas dlm enjin petrol. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cucuh | ; mencucuh 1. memasang, menyalakan (api dll): ~ pelita; ~ meriam memasang meriam; 2. mengenakan api, besi panas, dsb pd: yg paling sedih apabila mak ~ abang dgn kayu api berbara; mencucuhkan 1. memasangkan, menyalakan: Seman ~ api tersebut pd rokok di mulutnya; 2. mengenakan (api, besi panas, dsb) pd sesuatu: Afandi ~ besi panas pd tangan Mazlan; cucuhan 1. hasil mencucuh atau mencucuhkan: doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pd badannya; 2. (Fiz) bunga api yg terhasil drpd palam pencucuh utk memulakan pembakaran; pencucuhan perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; pencucuh 1. orang yg mencucuh, tukang cucuh; ~ meriam pembakar meriam; 2. alat utk mencucuh: palam ~; 3. ki penghasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |