pencucuk | 1 cucuk. 2 ki orang yg suka menghasut atau mengacum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencucuk | 1. cucuk; 2. ki penghasut, pengacum, batu api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencucuk | 1. cucuk. 2. ki orang yg suka menghasut atau mengacum. | Kamus Pelajar |
pusut | Jk pencucuk, penggerek, penusuk (jarum dll); memusut mencucuk, menggerek, menusuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sujen | (sujén) Jw (lidi dll) pencucuk sate. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tusuk | benda yg runcing dan tajam utk mencucuk; pencucuk: ~ kondai penyemat sanggul. menusuk 1 mencucuk dgn benda yg tajam; mencucuk hingga tembus. 2 melukakan dgn senjata tajam; menikam: Ia ~ perut lawannya dgn keris saktinya. 3 masuk atau meresap ke dlm: Bisa itu ~ hingga ke tulang sumsum. ~ hati menyakiti hati. menusuk-nusuk menyebabkan orang marah atau panas hati; menghasut: ~ orang supaya bergaduh. menusukkan 1 mencucukkan sesuatu yg tajam pd; menembuskan dgn benda tajam. 2 membenamkan sesuatu yg tajam pd; menikamkan. tertusuk tercucuk atau tertikam oleh: Kakinya ~ duri. tusukan 1 hasil drpd menusuk; tikaman. 2 kata-kata dsb utk menusuk-nusuk; hasutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tusuk | benda yg runcing dan tajam utk mencucuk; pencucuk: ~ kondai penyemat sanggul. | Kamus Pelajar |
tusuk | barang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll), cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul; menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki menyakiti (menyakitkan) hati; menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, me-nembuskan (dgn barang yg tajam); 2. mena-namkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati; tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenar-nya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gancu | 1 pengancing kasut, tali pinggang dll yg dibuat drpd logam, plastik dsb yg mempunyai pencucuk. 2 galah yg mempunyai kait pd hujungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gancu | 1. pengancing kasut, tali pinggang dll yg dibuat drpd logam, plastik dsb yg mempunyai pencucuk. 2. galah yg mempunyai kait pd hujungnya. | Kamus Pelajar |