terjun | 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi mengkaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjejak | 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjejak | 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2. sampai di; mengunjungi:Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3. menyelidik; menyiasat:Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. | Kamus Pelajar |
membongkar | 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memegang | 1. memaut (menggenggam, mencapai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menangkap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melaksanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. memasuki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memimpin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (persatuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bongkar | ; membongkar 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. bongkaran sesuatu yg dibongkar; hasil membongkar; rombakan. pembongkaran 1 perbuatan membongkar (barang-barang dsb). 2 pembukaan rahsia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memegang pencuri | menangkap pencuri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alap-alap | Jw 1. helang belalang, burung rajawali; 2. ki pencuri, penyeluk poket; ~ sepeda pencuri basikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencuri | orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencuri | orang yg mencuri, maling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |