Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cu.rian] | ڤنچورين

Definisi : perihal (perbuatan) mencuri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cu.rian] | ڤنچورين

Definisi : perbuatan atau hal mencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencurian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pencurianperbuatan atau hal mencuri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pencurianperihal (perbuatan) mencuri;Kamus Dewan Edisi Keempat
pencurian kitar(cycle stealing)Teknik mengambil alih ingatan oleh pemproses capaian ingatan langsung dalam suatu kitar ingatan sistem. Teknik ini membolehkan data tunggal dibaca atau ditulis dalam ingatan tanpa memberhentikan proses yang sedang berjalan.Kamus Komputer
pencurianperbuatan atau hal mencuri.Kamus Pelajar
pencopetanperihal mencopet (barang-barang yg dipakai dll), pencurian;Kamus Dewan Edisi Keempat
rusuh I1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja di­makan­nya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) geli­sah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll); merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil; merusuhi mengganggu (ketenteraman), me­ngacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami; merusuhkan menyebabkan rusuh, me­nim­bulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll); rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk me­madamkan rusuhan; kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, ke­ributan, dsb); perusuhan 1. perbuatan merusuhi (me­rusuh­kan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; perusuh pengganggu ketenteraman, penga­cau, penderhaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
copet (copét)pencuri (wang dlm saku, barang-barang yg dipakai, dll), penyeluk saku; mencopet mencuri (wang dlm saku), menyeluk saku; kecopetan kehilangan barang (wang) kerana kena curi, kecurian; pencopetan perihal mencopet (barang-barang yg dipakai dll), pencurian; pencopet orang yg mencopet, penyeluk saku.Kamus Dewan Edisi Keempat
curi; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
curi; mencuri 1. mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara bersembunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1. kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2. kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis.Kamus Pelajar
curi; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas