pendebatan | perbuatan, hal dsb mendebat atau mendebatkan: ~ isu itu memakan masa yg sangat panjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendebatan | perihal (perbuatan dsb) mendebatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debat | /débat/ 1 perbincangan mengenai sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya. 2 peraduan berbahas. berdebat berbincang ttg sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya: Mahasiswa universiti telah ~ mengenai akta tsb. mendebat membantah pendapat orang lain dgn memberikan alasannya; membahas. mendebatkan menjadikan sbg bahan utk berdebat; memperbantahkan: Mereka masih lagi ~ hal kenaikan gaji. perdebatan perbuatan atau hal berdebat; perbahasan: ~ ttg hak-hak perseorangan itu berakhir dgn pergaduhan. pendebatan perbuatan, hal dsb mendebat atau mendebatkan: ~ isu itu memakan masa yg sangat panjang. pendebat orang yg mendebat; pembahas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
debat | (débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan; berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas; mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik; perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; pendebatan perihal (perbuatan dsb) mendebatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |