pendek akal (fikiran) | tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendek akal | sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkat akal (faham, fikiran) | tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suntuk akal | tidak dpt berfikir lagi; pendek akal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suntuk | 2 tidak panjang; pendek; singkat: ~ akal tidak dpt berfikir lagi; pendek akal. | Kamus Pelajar |
suntuk | 1 sudah sampai pd hadnya sehingga tidak dpt diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah ~. sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: ~ akal tidak dpt berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dpt maju atau tidak dpt mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dll); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesempitan (wang, masa dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendek /péndék/ | 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara. | Kamus Pelajar |
singkat | 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemikirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pendek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg disingkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempit akal | pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendek | (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) memendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |