induktif | berkaitan dgn atau menggunakan induksi: keutamaan mestilah juga diberi kpd penggunaan pendekatan ~ dan pendekatan deduktif secara betul dan cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Islam hadhari | Islam dgn pendekatan ketamadunan, iaitu pendekatan utk membina tamadun berasaskan Islam secara menyeluruh melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan fizikal dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadhari | Ar ketamadunan; Islam ~ Islam dgn pendekatan ketamadunan, iaitu pendekatan utk membina tamadun berasaskan Islam secara menyeluruh melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan fizikal dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendekatan | 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendekatan | 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendekatan | 1. perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2. cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. | Kamus Pelajar |
pendekatan buku masak(cookbook approach) | Pendekatan yang diambil untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan merujuk dokumen yang menerangkan secara terperinci, langkah demi langkah, bagaimana melakukan sesuatu perkara pada perkakasan atau perisian yang digunakan. | Kamus Komputer |
ikrab | Ar 1. (bkn sahabat) yg rapat benar, karib, akrab: beberapa orang sahabatnya yg ~ telah datang melawatnya di rumah sakit; 2. erat hubungannya (pertaliannya), berhubungan (berkaitan) rapat: pendekatan moral memang ~ dgn pendekatan keagamaan; mengikrabkan menjadikan ikrab, mengaribkan, mengakrabkan: ~ persahabatan antara kedua-duanya; keikraban perihal ikrab, kekariban, keakraban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memaksudkan | 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cartisme | pendekatan dlm analisis sekuriti (saham) yg menggunakan analisis teknikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |