pendengaran | 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendengaran | 1. pancaindera utk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah mengangkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendengaran | 1. pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar:Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2. hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3. apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. | Kamus Pelajar |
audio | 1 bkn bunyi atau pendengaran: Drpd satu bahasa perhubungan, melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka. 2 berkaitan dgn bunyi dan penghasilan semula bunyi: Syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
audio | 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. berkaitan dgn bunyi atau penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli-belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audiometer | /audiométer/ alat utk mengukur kepekaan terhadap bunyi, terutama utk menguji pendengaran atau utk mengukur ketajaman pendengaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tajam pendengaran | lekas dapat mendengar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinga | Mn kurang pendengaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngilu | tidak enak pendengaran (kerana mendengar besi dikikir dll), tidak enak perasaan (kerana gigi dikikir dll), singkil; ~-~ kuku agak panas (air), suam-suam kuku; mengilukan menyebabkan menjadi ngilu; kengiluan 1. perihal ngilu; 2. berasa ngilu: gigiku mengancing ~ apabila terdengar bunyi gerudi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekak labang | kurang pendengaran, agak pekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |