pendesak | orang yg mendesak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendesak | orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendesak | orang yg mendesak. | Kamus Pelajar |
desak | ; berdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
desak I | ; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menuntut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses membuat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desak | berdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1. mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2. menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3. hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4. menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5. penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6. mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~ nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1. terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2. tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak dia tidak pernah datang ke rumah. 3. terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1. permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2. tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3. dorongan (yg kuat): Dia belajar bersungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak. | Kamus Pelajar |