pendidik | orang yg mendidik; guru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendidik | orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendidik | orang yg mendidik; guru. | Kamus Pelajar |
pamong | pemelihara, pendidik, guru; ~ desa orang yg mentadbirkan desa; ~ praja pegawai pentadbiran negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muaddib | Ar pengajar, pengasuh, pendidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guru | 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guru | orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengasuh | orang yg mengasuh; penjaga dan pendidik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
guru | orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1. belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2. berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1. segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar: ~ tinggi universiti. 2. segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Kamus Pelajar |
pengasuh | orang yg mengasuh; penjaga dan pendidik. ~ bunga bahagian bunga sebelah luar yg terdiri drpd kelopak bunga dan kaliks; sari salut. | Kamus Pelajar |