pendokumenan | perbuatan atau hal mendokumenkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendokumenan | perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendokumenan(documentation) | Penyampaian pengurusan dan perhubungan maklumat. Pendokumenan melibatkan pembinaan, pengumpulan, pengurusan, dan penyebaran maklumat yang terdapat dalam dokumen. | Kamus Komputer |
alat bantu pendokumenan(documentation aids) | Alat bantu seperti karangan keterangan atur cara, carta alir yang sudah terbentuk, dan cetakan hasil yang dapat membantu, memudahkan dan mempercepat proses pendokumenan. | Kamus Komputer |
reka bentuk bergaya(elegant design) | Reka bentuk perkakasan atau perisian yang dibina secara bermodul, kemas, mudah diselenggarakan, mudah digunakan, dan mempunyai pendokumenan. | Kamus Komputer |
kitar reka bentuk(design cycle) | 1. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perisian yang bermula dengan penentuan masalah, pembentukan algoritma penyelesaian, pengekodan, pengujian, penyahpepijatan, dan pendokumenan. 2. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perkakasan yang bermula dengan penentuan masalah, pembinaan litar ujian, pengujian, pembaikan dan pengeluaran. | Kamus Komputer |
ulasan(comment) | Ungkapan yang diletakkan dalam atur cara sebagai catatan untuk menerangkan langkah atau tugas yang dijalankan oleh suatu bahagian atur cara tersebut. Ulasan ini hanya bertugas sebagai pendokumenan atur cara dan tidak mempengaruhi perjalanan atur cara. | Kamus Komputer |
dokumen | /dokumén/ keterangan (bukti) yg bertulis atau bercetak; surat (surat beranak, surat nikah dll) yg dpt dijadikan keterangan atau bukti. mendokumenkan mencatat atau merekodkan sesuatu sbg dokumen: Akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu. pendokumenan perbuatan atau hal mendokumenkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dokumen | sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg digunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjukkan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membuktikan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |